Blogger Layouts

Monday 26 September 2011

Cintaku Untukmu 30

BAB 30
“ibu.. nampak Fira tak..?” tanya Fikri kepada ibunya yang sedang berehat di tepi kolam ikan bersama papa dan adiknya.
“tak nampak pula ibu..kamu berdua dah berbaik ya Fik...?” tanya Datin Maria ceria
Fikri hanya melemparkan senyuman kepada ibunya. Kemudian dia meminta diri untuk mencari isterinya itu.
Fikri melangkah ke dapur, dia ternampak Fira sedang memanjat tangga untuk memetik buah mangga di belakang rumah itu. Segera dia menegur isterinya itu.
“awak buat apa tu..?” tanya Fikri
Fira yang tersentak mendengar teguran Fikri secara tak sengaja talah terpijak kainnya. Belum sempat Fikri datang kepadanya, dia sudah jatuh terjelepuk ke atas tanah. Lantas Fikri segera mendapatkan isterinya itu.
“ awak tak apa-apa ke..?” tanya Fikri cemas
‘’okey kot...” jawab Fira sambil berusaha untuk bangun
“aduh...” aduh Fira sambil terduduk semula menahan sakit
“mari sini saya tengok...” pinta FIkri
“awak terseliuh ni...” tambah Fikri lagi
“tula... lain kali pakailah seluar... siapa suruh pakai kain... bla..bla..bla..” bebel Fikri kepada Fira
Air mata Fira sudah mula bergenang di tubir mata kerana menahan sakit. Ditambah pula dengan bebelan Fikri. Tetapi hatinya senang mendengar bebelan itu. Dia dapat merasakan keprihatinan Fikri terhadapnya.
“dahlah ti..jangan nangis.. awak ni ciweklah...” gurau Fikri
Fira tersenyum mendengar perkataan itu. Fikri lantas mengangkat Fira dan membawanya masuk ke dalam rumah
“hah Fik, kenapa ni...?” tegur Datuk Faizal
“Fira jatuh kat belakang tadi...” jawab Fikri
“ macam mana boleh jatuh ni Fira..? “ tanya Datin Maria pula. Dia risau dengan keadaan menantu kesayangannya itu.
“Errr... Fira nak ambil buah mangga tadi kat belakang, masa nak turun, Fira terpijak kain Fira.. lepas tu terjatuh..” jelas Fira
“Laa... kenapa tak minta tolong Fikri...? kamu ni Fik, kenapa biar Fira buat semua tu sendiri...?” bebel Datin Maria
Fira hanya tersenyum kelat mendengar bebelanibu mertuanya itu. Dia menoleh ke arah Fikri. Rasa bersalah kerana membuat suaminya itu dibebelin ibunya. Baru sahaja ingin berbaik, sudah jadi begini.
“err..ibu, Fik bawa Fira pergi klinik dululah ya...” beritahu Fikri seraya ingin melarikan diri dari mendengar leteran ibunya itu.
..............................................................
“err.. awak, sorry susahkan awak.. sebab saya, ibu marah awak...” ucap Fira memecahkan kesunyian di dalam kereta
Fikri hanya mendiamkan diri, fokus pada pemanduannya.
“awak....?” panggil Fira dengan air mata yang sudah bergenang.
Dia risau jika Fikri akan kembali seperti tadi. Tidak mahu bercakap dengannya.
“awak ni..sudahlah tu... asyik menangis aja..tengok mata tu... da sembab...” bebel Fikri
“ lain kali jangan gatal-gatal panjat pokok ke tangga kea pa ke... tengok apa dah jadi.. apasal tak panggil saya...?” tambah Fikri lagi
“saya tak nak susahkan awak...” jawab Fira perlahan
“ habis.. ni tak susahkan saya ke...?” tanya Fikri
Fira hanya tunduk. Sambil menahan sedu. Fikri yang merasakan dirinya sudah tersalah cakap, segera mendiamkan diri dan meneruskan pemanduannya sehingga ke klinik.
.............................................................
Setibanya di rumah.
“macam mana dengan kaki Fira Fik....?” tanya Datin Maria sebaik sahaja Fikri dan Fira melangkah masuk ke dalam rumah
“tak ada apa-apa , Cuma terseliu sikit.. doctor dah bagi ubat tahan sakit...” beritahu Fikri sambil memapah Fira masuk
“nak kena urut juga ni, baru cepat baik...” tambah Datuk Faizal pula
“Nanti ibu tolong urutkan kaki Fira ni ya bu... Ibu kan pandai mengurut...” pinta Fikri kepada ibunya
“Ups... tak boleh.. malam ni, papa dah tempah ibu untuk urut papa..” ucap Datuk Faizal memberi alasan sambil mengenyitkan mata pada isterinya.
“haah... minta maaflah ye Fik...” ucap Datin maria pula sambil tersenyum
“Fik kan pandai mengurut juga... apa guna ada ilmu mengurut yang Fik belajar dari arwah opah dulu , kalau tak di praktikkan...” tambah Datuk Faizal lagi
Sesungguhnya ibu Datin Maria, arwah opah Fikri pandai mengurut . Datin Maria dan Fikri mempelajarinya dari arwah opahnya itu.
Fikri tidak mampu berkata apa lagi. Fira yang tidak mengerti apa-apa hanya diam.
“Emm... Fik bawa Fira naik dululah...” beritahu Fikri

4 comments:

Yong said...

mulut longkang betul la fik ni, kesian fira dpt laki cengini. huhuhu dah la bdk ni suka menangis. kesian betul

Anonymous said...

adehhh fik nie kena belajar cara pujuk isteri dlm ceramah ustaz kazem elias ade :)

iezzlucky said...

bila nak sambung... lam pu2 da bab 46... tp lam blog still bab 30.... hope tlh update ye... pas2 bila n3 br nk terbit... pape pn best... terbaekkk

penulis halimunan said...

safira : sebenarnya dah hbis kat blog ni..tapi separuh dah di hide... sy pon dah ubah sikit2 sebab ade yang berkenan nak bukukan..tapi senyap jerk.. sy pun tak tahu nk ckp macam mana..ermm