Blogger Layouts

Monday 26 September 2011

Cintaku Untukmu 29

BAB 29
Malam itu, Pakcik Fakrul menghantar Fira pulang ke rumah mertuanya.
“ibu.... maafkan Fira...” Fira mendapatkan ibu mertuanya yang berada di ruang tamu.
“sudahlah tu sayang... kamu tak salah dengan ibu... pergilah naik atas, jumpa Fik...” balas Datin Maria
Fira terus melangkah naik menuju ke bilik tidurnya meninggalkan semua yang ada di ruang tamu. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia lihat Fikri sedang membaca buku. Segera dia mendapatkan Fikri.
“awak..... saya minta maaf...” pinta Fira kepada Fikri
Fikri pula hanya diam tidak mengendahkan Fira
“awak... tolong maafkan saya... saya tak ada niat nak suruh awak pergi tadi...” ucap Fira. Bersungguh-sungguh dia meminta maaf tetapi Fikri tetap begitu.
Fikri terus menutup buku yang dibacanya. Lantas dia merebahkan dirinya di katil.
Fiar duduk di sisi katil sambil memegang tangan Fikri.
“Awak... tolong lah maafkan saya... saya tahu saya salah.. Demi Allah, saya tak ada niat langsung jumpa dengan Hisyam. Kami terserempak masa saya beli barang tadi... tolong maafkan saya awak.. saya dah berkasar dengan awak tadi... saya tak nak malaikat laknat saya , sebab buat awak berasa hati dengan saya dan tak maafkan saya...” pinta Fira dengan sedu sedan yang jelas kedengaran.
Basah tangan Fikri dihujani air mata Fira. Sayu hatinya mendengar kesungguhan isterinya memohon maaf. Tersentuh juga hati lelakinya. Dalam hati Fikri mengakui yang dia telah memaafkan isterinya itu. Tetapi dia tetap masih begitu sehingga akhirnya kedua-dua terlelap.
Fikri tersedar sewaktu jam menunjukkan angka 3 pagi. Dilihat isterinya sudah terlena ditepinya dengan pipi yang dibasahi air mata. Fikri bangun dan mengucup dahi Fira. Kemudian dia mengangkat isterinya dan meletakkannya di atas katil.
........................................
Ketika Fira bangun, Fikri sudah tiada di dalam dilik itu. Setelah selesai membersihkan diri, dia terus bersiap-siap turun ke bawah.
“ibu.... Fik mana?” tanya Fira kepada ibu mertuanya yang sedang bersarapan.
“dia keluar pergi jogging dengan papa dan faiz..” beritahu datin Maria
“ Mari sini Fira.. sarapan dengan ibu....” pelawa Datin Maria
Fira segera melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah ibu mertuanya.
“Fira dah okey ke dengan Fik...?” tanya Datin Maria
“Entahlah bu.. Fik senyap aja dari malam tadi... Pagi tadi pun Fira tak sempat jumpa dia... Marah sungguh Fik dengan Fira agaknya ya bu...” jawab Fira dengan suara yang pilu
“sabarlah sayang... Fira jangan putus asa ya nak... teruskan usaha Fira pujuk Fik... lama-lama lembutlah hati dia tu nanti...” pujuk Datin Maria
Fira hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Datin maria.
Tidak lama selepas itu, Dikri pulang dari ebrjoging bersama papa dan adiknya. Fira terus menegur suaminya itu tetapi tidak diendahkan.
“awak dah balik...? awak nak sarapan?” tanya Fira memancing perhatian Fikri
“ibu... Fik naik dulu ya... nak mandi...” beritahu Fikri kepada ibunya dan terus berlalu ke tingkat atas.
“sabar ya Fira....” pujuk Datuk Faizal pula
Sehingga ke petang Fikri masih lagi begitu. Sudah puas Fira meminta maaf kepadanya, tapi langsung tidak diendahkan.
Tiba-tiba Fira teringat akan pesan abahnya, “kalau mahu pikat hati suami, kena pikat perutnya dahulu..” seraya itu dia teringat akan janjinya pada Fikri untuk memasakkan sesuatu buat suaminya beberapa minggu lepas.
Selesai membuat ‘Fruit Cheese Tart’ kegemaran Fikri, Fira membawakan juadah itu ke bilik bacaan di mana Fikri sedang berada.
Tok..tok..
“masuk...” arah Fikri
“awak.... saya bawakan kuih kegemaran awak...” ucap Fira sambil tersenyum mesra
“ermmm...” balas Fikri pendek
“Awak...saya nak minta maaf..tolong maafkan saya ya..” uacap Fira kepad Fikri
Fikri masih lagi mendiamkan diri
“awak..tolonglah..saya tahu saya bersalah..saya sungguh-sungguh menyesal.. saya janji tak buat lagi... tolong maafkan saya...awak......” rayu Fira dengan air mata yang sudah mula bergenang
Tersentuh juga hati lelaki Fikri melihat kesungguhan isterinya itu. Sesungguhnya dia kalah dengan air mata wanita itu.
“sudahlah tu... jangan menangis lagi, tinggalkan aja kat situ... nanti saya makanlah...’’ ucap Fikri
“awak....?” ucap Fira perlahan dengan air mata yang masih berlinang
“ya... sudahlah... saya dah maafkan awak... dah jangan nangis lagi....buruk dah...” gurau Fikri
“terima kasih awak...” ucap Fira gembira sehingga tanpa sedar dia mencium pipi Fikri. Fikri terkedu seketika. Fira pula malu tak menentu.
“err... saya tinggal dulu ya.. jangan lupa makan.. saya buat khas untuk awak...” balas Fira tergagap-gagap menahan malu atas tindakkannya sebentar tadi.
“tengoklah.... nanti saya komen.. kalau habis maknanya oekylah tu..kalau tak habis, faham-faham sendirilah....” ucap Fikri kepada Fira
Fira terus keluar dari bilik itu dengan senyuman terukir di bibir. Fikri pula tersenyum sendirian di bilik itu sambil menikmati juadah buatan isterinya.

2 comments:

Yong said...

huh aku lempang jgk la mamat ni nti. kepala batu besar betul.

Anonymous said...

perhh dah dapt fav tart pun susah betul nak maaf kan perhh lepas nie seakli jer lah dpt tart kot ;)