Blogger Layouts

Wednesday 21 September 2011

Cintaku Untukmu 26



BAB 26
Hari-hari seterusnya, Fira dan Fikri ke tempat kerja bersama-sama. Suatu hari tanpa diduga, rupanya saat mereka tiba , Sheqa juga baru sampai . Mereka tidak perasan bahawa Sheqa nampak mereka berdua turun dari kereta yang sama. Tanpa mereka sedari, Sheqa telah mengambil gambar mereka berdua dan dia terus beredar dari tempat letak kenderaan itu.
Untuk mengelakkan staf di pejabat mencurigai mereka berdua datang bersama, Fikri meminta Fira masuk ke pejabat terlebih dahulu . rupa0rupanya selain Sheqa, ada sepasang mata lain yang mengintai gerak geri mereka berdua. Dan orang itu ailah Ely. Sejak peristiwa seminggu lalu, Ely rupanya telah mengintai mereka berdua  dalam diam.
................
“Bos aku dah samapi...?” tanya Fira kepada Sheqa seraya melabuhkan punggung di kerusinya. Dia berpura-pura bertanya, sedangkan dia sendiri tahu hakikat sebenar.
“belum... bukan dia datang dengan kau ke...?” duga Fira
“datang dengan aku...? bila masa pula...?” jawab Fira seakan-akan tidak mengerti
“eleh..sudahlah....macamlah aku tak tahu... kau nak aku tunjuk bukti ke..?” tanya Sheqa seakan mengugut
 Fira kecut perut mendengar jawapan Sheqa itu.
“ hah...tahu takut...hahaa “ balas Sheqa sambil ketawa
Beberapa minit kemudian , Fikri masuk ke pejabat beriringan dengan Ely. Jelas senyuman sinis Ely dilemparkan kepada FIra. Fira bermonolog sendiri di dalam hati.
‘patutlah suruh aku jalan dulu..rupanya dia tunggu si gedik ni..huh..’
“Fira nanti masuk  ke bilik saya...” saya arah Fikri ketika dia melintasi meja Fira
Tok..tok..tok...
“masuk...’’ arah Fikri
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri setelah diarahkan. Fikri menyuruh Fira duduk.
“ Ada apa-apa ke yang En. Fikri nak..?” tanya Fira kepada bosnya merangkap suaminya itu
“tak ada..Cuma saya nak beritahu awak, yang saya tak dapat nak bawa awak pergi rumah abah minggu ni... petang ni saya ada meeting dengan syarikat Bukit Mas. Saya akan pergi dengan Ely. Esok pula, Ely minta saya teman dia jumpa klien dari Taiwan... so, saya harap awak faham...” jelas Fikri
Seperti mahu menangis Fira mendengar penjelasan Fikri itu. Siapa sebenarnya dia di mata Fikri, dia ingin membantah tetapu dia sedar tak mungkin Fikri ingin mendengarnya. Sejurus itu, Fira terus melangkah keluar dari bilik Fikri.
...............................................
Hari itu, Fira merasa seperti tiada semangat untuk membuat kerja. Menjelang waktu rehat, Fira terus meluru ke bilik Fikri, sebelum lelaki itu keluar.
“Yups.. Fira , kenapa..?” tanya Fikri yang sedang bersiap-siap untuk keluar.
“ermmm... saya nak minta balik awal...” beritahu Fira
“ balik awal..? kenapa pula...?” tanya Fikri ingin tahu
“entah... saya rasa macam tak sihat... tak ada mood nak kerja...” balas Fira
“oowh... malas nak kerja rupanya...” balas Fikri kembali
“awak  bagi ke tak ni...?” tanya Fira kembali
“ kalau saya tak nak bagi, awak nak buat apa..?” duga Fikri
“jangan macam-macamlah.. saya tak ada mood ni...” balas Fira lagi
“eh..saya bos ke awak bos ..? saya ada hak untuk bagi keizinan awak pulang awal atau tak...” tegas Fikri
“ok..fine.. kalau awak tak nak bagi tak apa.. saya minta izin papa aja...” tukas Fira dengan riak wajah yang sudah berubah
“ yela-yela... sini boring tu, saya sign.. kalau ya pon, janganlah sampai nak menangis...” seloroh Fikri
Fira menyerahkan borang pulang awal kepada Fikri untuk ditanda tangani. Sesudah Fikri menanda tangani borang itu, Fira terus melangkah keluar tanpa berkata apa. Fikri terkedu dengan tindakan Fira.

1 comments:

Yong said...

huhuhu lari balik umah bapak ke fira?