Blogger Layouts

Thursday 11 August 2011

~ CINTAKU UNTUKMU (BAB 23) ~


BAB 23

“weyh.. apa dah jadi..? yang muka kau tiba-tiba jadi merah ni kenapa..?” tanya Sheqa bertubi-tubi
“hah..? tak ada apa-apalah.. aku pergi toilet kejap..” bagitahu Fira
Sheqa tidak berpuas hati dengan penjelasan Fira itu. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang terjadi antara Bos dan rakannya itu.
“aku mesti siasat benda ni… “ kata Sheqa di dalam hati
………………………………..
Fikri keluar dari biliknya dan berlalu ke meja Fira.
“saya nak keluar dan mungkin tak akan masuk semula…” bagitahu Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Dia malu untuk memandang wajah Fikri selepas apa yang terjadi tadi. Fikri hanya tersenyum melihat Fira.
“ lagi satu… jangan lupa apa yang saya pesan tadi…” tegas Fikri member peringatan.
Fira hanya mengangguk tanpa berkata apa.
………………………………………
“pelik..pelik…” Sheqa bersuara tiba-tiba setelah Fikri keluar
“apa yang peliknya…” Tanya Fira pula
“entahlah…. Aku rasa pelik..macam ada udang di sebalilk mee…” Sheqa cuba berkias
“aish..tak fahamlah aku dengan engkau ni..macam-macam aja…” balas  fira pula
Sheqa hanya tersenyum. Di dalam kepalanya bermacam rencana telah dibuat untuk mengorek rahsia bos dan juga rakannya itu. Fira sedikit pun tidak curiga dengan ungkapan Sheqa itu.
………………………………………………
Petang itu Fira pulang menaiki teksi. Dia bernasib baik kerana ketika pulang, Fikri masih belum sampai lagi. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu pulang ke rumah besar itu. Mahu saja dia bermalam di rumah abahnya. Tetapi apabila memikirkan amaran Fikri dan juga apa kata orang tua mereka nanti dia gagahkan juga diri untuk pulang ke rumah besar itu.

Fikri sampai di rumah setengah jam kemudian. Masuk sahaja di dalam rumah, dia terus mencari kelibat isterinya.
“faiz..kak Fira dah balik..?” Tanya Fikri kepada adiknya yangs edang menonton televisyen di ruang tamu
“dah…. Dia ada kat atas rasanya…” jawab faiz
“tadi dia balik dengan siapa..?” Tanya Fikri lagi
“entahlah…rasanya macam naik teksi…” jawab faiz
“okey..thanks..” balas Fikri sambil melangkah untuk ke tingkat atas.
Fikri memulas perlahan tombol pintu biliknya. Suasana sepi menyelubungi bilik itu. Fikri tersenyum melihat sekujur tubuh sedang lena di atas katil. Fikri perlahan-lahan duduk di birai katil. Diamati wajah isterinya yang polos situ.
‘comel betul dia ni time tidur…’ desis hati kecil Fikri. Dalam diam , dia memuji isterinya itu.
‘lurus tapi nakal..’ tambah Fikri lagi di dalam hati bila mengenangkan sikap dan keletah isterinya itu.
Tanpa diduga, ketika Fikri ingin bangun, kakinya terpijak sesuatu dan dia tergelincir. Wajahnya tersembam ke tubuh Fira. Tepat pada bahagian dada Fira. Fira yang terkejut terus terbangun. Dia menjerit dengan sekuat hati kerana terkejut dengan apa yang terjadi.
“Arghhhh……….!!!” Jerit Fira lantang
Seisi rumah itu terkejut mendengar jeritan Fira. Datuk Faizal dan Datin Maria lantas bergegas ke bilik mereka.
Fikri kalut apabila isterinya menjerit seperti orang hysteria. Dia cuba menenangkan Fira.
Tok..tok…tok..
Fikri membuka pintu apabila mendengar ketukan dari luar. Terpacul ibu dan papanya di luar  bilik mereka.
“fik..fira..kenapa ni..?” Tanya Datuk Faizal
Datin maria sudah menerobos masuk mendapatkan menantunya.
“kenapa ni fira…? Fik buat apa oada kamu…?” Tanya Datin maria pula
“errr…ermmm..” fira tergagap-gagap ingin menjawab
“em.. tak ada apa-apalah ibu… Fira ni terkejut sebab ada lipas terjatuh atas dia tadi…” jawab Fikri cuba menutup perkara sebenar
‘lipas…huh..lipas kepala hitam nama Mohd Fikri Yazed…’ gumam Fira di dalam hati
“lipas..? ke kamu yang jadi lipas…?” balas datin maria dengan senyuman sinis di bibir
Fira hanya mendiamkan diri. Fikri hanya tersenyum kelat.
“kalau yap on nak buat kerja, tunggulah tengah malam Fik..ini dah nak maghrib..” peril Datuk Faizal dengan senyuman di bibir
Datuk faizal dan Datin Maria berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“awaklah ni..kalau awak tak menjerit, mesti ibu dengan papa tak kemari..” bebel Fikri sambil menutup pintu bilik mereka.
“bukan salah saya…salah lipas besar tu…siapa suruh landing………………….” Fira tidak jafi ingin meneruskan kata-katanya. Dia hanya membuat wajah selamba
“apa…?” Tanya Fikri geram, melihat wajah selamba isterinya itu.
Fira tidak mengendahkan pertanyaan Fikri. Dia terus berlalu menuju ke bilik air. Seketika itu dia terlupa apa yang terjadi di pejabat siang tadi dan apa yang berlaku sebentar tadi.

Wednesday 3 August 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 22)


BAB 22
Fira terkejut melihat gambarnya ditampal di skrin komputernya. Bukan setakat di situ, malah di dinding patisyennya juga. Sheqa yang tidak tahu apa-apa pergi mendapatkan Fira.
“mangkuk betullah...siapa punya kerja ni..?” marah Fira
“Heii... kenapa kau ni...? Gambar siapa pula ni...?” tanya Sheqa
“siapa punya kerjalah ni.. mana datang gambar ni pun aku tak tahu...” bebel Fira tanpa menjawab pertanyaan Sheqa
“ bak sini aku tengok.. uitt... ni gambar kau kan...? sweet gila muka kau time tidur yer...siap tidur dengan beg baju...hehehee “ Shewa tergelak kecil melihat gambar itu
“siapa pula yang ambil gambar kau ni...?” tanya Sheqa lagi
“ entahlah....” jawab Fira pendek
Fira cuba mengingati siapa gerangan yang mengambil gambar tersebut. setelah puas diamati, baru dia teringat. Gambar itu pasti diambil oleh Fikri pada malam perkahwinan mereka dahulu. Sewaktu dia terlelap ketika mengemas pakaian.
“bak sini gambar tu..aku tahu kerja siapa..” Fira merampas gambar itu dari Sheqa dan dia terus menerjah masuk ke dalam bilik Fikri.. Sheqa agak terkejut dengan perilaku kawannya itu.
...........................................
Fikri terkejut apabila Fira tiba-tiba sahaja masuk ke biliknya dengan wajah yang masam. Dia  lihat di tangan Fira memgang sesuatu dan dia pasti akan benda itu. Dia hanya tersenyum sinis, manakala Fira pula memberikan jelingan maut kepadanya.
Fikri bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke pintu. Fira berfikiran bahawa Fikri ingin keluar meninggalkannya di dalam bilik itu. Tetapi ternyata sangkaannya silap. Rupa-rupanya Fikri mengunci pintu biliknya itu. Fira menjadi cuak tiba-tiba apabila Fikri mendekatinya.
“Awak.... awak nak buat apa ni....?” tanya Fira tergagap-gagap. Perlahan-lahan dia berundur sehingga dirinya tersandar ke dinding.
“tak ada buat apa-apa..sepatutnya saya yang tanya.... kenapa awak masuk bilik saya tiba-tiba...” tanya Fikri dengan suara yang cukup menggoda
“saya cuma nak tanya pasal ni...” jawab Fira sambil menunjukkan gambar di tangannya
“yes..kenapa dengan gambar tu...? cute kan..? hahahaa” balas fikri sambil ketawa
Belum sempat Fira menjawab, Fikri terlebih dahulu mencelah.
“ tu baru sikit....” balas Fikri sambil mendekatkan dirinya kepada Fira. Fira dapat merasai hembusan nafas hangat Fikri.wangian yang dipakai Fikri membelai nalurinya. Tapi cepat-cepat dia tersedar.
Fikri mengerling pada pakaian Fira. Fira yang merasakan dirinya diperhatikan, terus menolak Fikri dari terus menghimpit tubuhnya.
“awak tengok apa....?” marah Fira sambil kedua tangan menyilangi dada
Fikri tidak terus menjawab, malah dia terus menolak Fira ke dinding dan meghimpitnya, sehingga Fira tidak mampu bergerak ke mana-mana lagi. Tangannya sudah digari kemas oleh Fikri
“saya tak suka awak pakai macam ni ke tempat kerja...” jawab Fikri serius
“kenapa pula...? bukan seksi sangat pon....” bals Fira bersahaja
“saya tak suka...skirt atas lutut..baju dada terbuka luas... awak nak tayang pada lelaki kat office ni ke...???!” tegas Fikri
“saya pakai untuk suami saya....” balas Fira perlahan
“untuk suami awak...?” tanya Fikri sambil mukanya semakin hampir ke wajah Fira. Fira memejamkan mata kerana takut Fikri akan bertindak lebih ke atas dirinya.
Ternyata sangkaan Fira meleset sekali lagi. Fikri melepaskan tangan Fira dan dia berpusing ke belakang.
Fira terkejut dan geram dengan tindakan Fikri itu yang seperti mempermainkannya.
“Ya.... untuk suami yang tak pernah nak menganggap saya sebagai isterinya....” jawab Fira berani
“awak tahu kenapa saya tak bagitahu awak saya keluar rehat tengahari tadi...? sebabnya saya memang sengaja..saya nak balas dendam dengan awak...bla3...” fira terus meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Fikri
Tanpa Fira sedar, Fikri berpusing semula kea rah Fira lantas mencium bibirnya. Fira yang terkejut dengan tindakan refleksFikri itu tidak sempat mengelak dan dia terkaku seketika. Sepanjang perkahwinan mereka, itulah kali pertama FIkri menciumnya.
Fira tersedar apabila terdengar suara Fikri member amaran kepadanya.
“ 1)  saya tak nak awak buat perangai macam tadi lagi..ingat yang awak tu isteri saya.. setiap pergerakkan awak sila maklumkan pada saya..
    2)  saya tak suka awak pakai macam ni di office, seksi awak hanya untuk pandangan mata saya seorang sahaja.. tak salah bergaya, asal berpada-pada.
    3)   nanti balik sendiri.... sama ada naik teksi seperti selalu atau tumpang papa..kalau saya tahu awak balik dengan orang lain, siap... & lagi datu, bila saya balik awak mesti dah ada kat rumah....” jelas Fikri satu persatu
Fira hanya mendiamkan diri. Lantas dia segera bergegas meninggalkan bilik itu.mukanya sudah terasa bahang dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Antara percaya dengan tidak sahaja. Fikri tersenyum melihat wajah Fira yang sudah berubah rona itu.