Blogger Layouts

Tuesday 12 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 6)

BAB 6
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Fira datang ke rumah Datuk Faizal bersama abahnya. Mereka terpegun dengan keindahan rumah itu. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Datin Maria dan Datuk Faizal. Ketika Datuk Faizal bersalaman dengan Pakcik Fakrul, ada riak terkejut di wajah mereka berdua.
“ Abang... abang kenal tak ini siapa...?” tanya Datin maria dengan nada gembira.
“ ini Fakrul  ke..?” Tanya Datuk Faizal
“Faizal....???” tanya pakcik fakrul kembali
“ Ya Allah......tak sangka aku dapat jumpa lagi dengan kau setelah sekian lama...sudah lama aku cari kau....syukur Alhamdulilah....” jelas Datuk Faizal dengan wajah yang gembira
Mereka berdua berpelukan. Dalam pada itu. Mereka bersyukur kerana dapat bertemu semula. Datuk Faizal dan Datin Maria menjemput Fira dan Pakcik Fakrul ke ruang makan. Fikri yang baru turun ke ruang makan terkejut melihat kehadiran Fira. Dia menjeling tajam ke arah Fira. Fira hanya tunduk memandang meja. Faiz pula sangat gembira dengan kedatangan Fira. Datuk
Datuk Faizal dan Pakcik Fakrul mengucapkan terima kasih kepada Datin Maria kerana telah mempertemukan semula mereka berdua. Datuk Faizal tidak menyangka bahawa selama ini, anak sahabatnya itu bekerja dengannya. Mereka makan malam sambil berkongsi pelbagai cerita menarik.
Setelah selesai semuanya, pakcik Fakrul dan Fira meminta diri untuk pulang.
..............................
Di ruang tamu rumah Datuk Faizal.
“Fik....ibu nak tanya sikit boleh..??” tanya Datin maria memulakan bicara
Fikri menoleh ke arah ibunya , menunngu pertanyaan yang keluar dari mulut ibunya itu.
“Kamu bila nak kahwin..? unur pon dah semakin meningkat...” tanya Datin maria
“Nantilah dulu bu... lagipon Fik tak ada calon....” jawab Fikri bersahaja.
“macam mana nak ada calon.. asyik kerja aja...muka aja kacak tapi muka serius memanjang, kaki buli pula tu....perempuan mana yang nak dekat..” sampuk datuk Faizal dengan riak wajah bersahaja
Fikri yang sedang menghirup air tersedak mendenganr sindiran papanya itu. Datuk faizal pula tekun memandang televisyen dihadapannya.
“ish abang ni...tak baik cakap macam tu...” bela datin maria pula
“Betul ke kamu tak ada calon lagi ni Fik...?” tanya datin maria sekali lagi untuk mendapatkan kepastian
“betul lah ibu.... ibu ajalah carikan calon untuk Fik....” gurau Fikri sambil tersenyum memandang ibunya
“ betul ni? Kalau macam tu nanti ibu carikan perempuan yang cantik, baik untuk Fik....” balas Datin maria gembira
Datuk Faizal hanya tersenyum melihat isterinya. Dia sudah dapat mengagak apa yang ada di fikiran isterinya itu.
“suka hati ibulah..asal ibu senang hati....” balas fikri kembali
Datin maria tersenyum mendengar kata-kata Fikri. Tidak sabar rasanya dia ingin menjalankan apa yang direncanakan.

4 comments:

Yong said...

hohoho sendiri cari susah, siap la ibu dia pilih fira.hehehe

Anonymous said...

hehehe green light dah dpt dari anaknyer confirm datin maria tak teragak2 utk menjalankan misinyer kesian kat fira :)

Anonymous said...

hehehe green light dah dpt dari anaknyer confirm datin maria tak teragak2 utk menjalankan misinyer kesian kat fira :)

Anonymous said...

mesti tkejut si fikri ngk bakal isterinya adalah fira ...

jc