Blogger Layouts

Thursday 7 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 4)

BAB 4
Suatu hari tanpa diduga, Datin Maria telah datang ke syarikat milik suaminya itu.
“ selamat pagi puan.. boleh saya bantu..?” tanya Fira dengan sopan
Belum sempat Datin Maria menjawab. Fikri yang baru hendak memanggil Fira ternampak ibunya. lantas  dia mengajak Datin maria masuk ke biliknya. Datin Maria sempat melemparkan senyuman kepada Fira sebelum melangkah masuk ke bilik Fikri. Fira membalas senyuman itu dengan hati yang berbaur. Rasa bersalah meruntun jiwanya kerana tidak tahu bahawa itu adalah Datin Maria ibu kepada bosnya merangkap isteri Tuan punya syarikat tempat dia bekerja.
“Fira.... bawakan dua cawan kopi ke bilik saya...” arah Fikri melalui intercom.
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri dengan membawa dua cawan kopi yang diminta oleh bosnya sebentar tadi. Semasa menghidangkan kopi tersebut, datin Maria menegur Fira.
“ Oowh... inilah Fira ya? Cantik orangnya...” puji Datin Maria.
“ ya datin....” jawab Fira sambil melemparkan senyuman kepada Datin maria. Fira menahan perasaan kalutnya di dalam hati.
Fikri pula hanya menjeling Fira yang masuh berdiri disitu.
“ Fira... tengahari ni pergi makan di mana?? “ Tanya Datin maria tiba-tiba
“ Tengahari ini, mari makan dengan saya....” pelawa Datin Maria
Fira terkejut mendengar pelawaan itu. Fikri pula hanya diam sambil menjeling tajam kea rah Fira.
“ Kenapa Fira..? tak sudi kah?” tanya Datin Maria lagi
Belum sempat Fira menjawab datin Maria sudah member kata putus terlebih dahulu.
“ Fira takut dengah Fikri ya...?”duga Datin Maria.
Fira hanya tunduk memandang lantai.
“ Nanti kita keluar pukul satu ni ya Fira... boleh ya Fik, ibu pinjam p.a kamu ni rehat nanti...?” soal Datin maria kepada Fikri
Fikri hanya tersenyum lantas mengangguk. Kalu sudah bulat kata ibunya, bulatlah ia. Tiada siapa dapat membantah.
Fira hanya tersenyum kelat dan dia terus tertunduk apabila sekali lagi dia terpandang jelingan tajam Fikri.
“ ok..nanti rehat kita jumpa lagi ya Fira... Fik, ibu ke bilik papa dulu ya...” beritahu Datin maria
Fira juga ingin melangkah keluar dan membawa dulang]yang berisi cawan itu. Belum sempat dia memboloskan diri, Fikri telah memanggilnya.
“ Fira...!!” panggil Fikri
FIra menoleh ke arah Fikri. Fikri memandang Fira dengan tajam. Cuak Fira melihat pandangan Fikri itu.
“kau jangan ingat, kalau ibu aku suka kau, aku pun akan suka kau..lagi satu, kalau kau cerita apa-apa pada ibu pasal aku buli kau atau apa-apa sekalipun, siap kau... “ tegas Fikri memberi peringatan kepada Fira.
Fira hanya mengangguk tanda faham. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu.
,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sejak pertemuan hari itu, hubungan Datin Maria dan Fira sangat baik. Datin Maria sangat menyukai Fira. Dalam diam wanita itu berhajat untuk menjodohkan Fikri dan Fira. Pelbagai cerita dan kesukaan yang mereka kongsikan bersama. datuk Faizal tumpang gembira melihat kebahagiaan isterinya itu. Dia tahu Datin Maria perlukan teman. Fikri pula tidak dapat menghalang ibunya dari terus-terusan member perhatian kepada Fira. Kadang kala terselit juga rasa cemburu melihat perhatian yang diberikan ibunya kepada Fira. Fira turut merasa bahagia kera asekurang-kurangnya, dia dapat merasa kasih sayang dari seorang ibu yang selama ini dia tidak pernah kecapi.

2 comments:

Yong said...

huhuhu mmg pembuli no1 la fikri ni. hehe jap lagi grenti kawin pya lah. adei kesian fira dpt laki mcm fikri ni. ego gler.

Anonymous said...

ksian2 ... tp lama2 suka juga tue

jc