Blogger Layouts

Thursday 28 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 21)

BAB 21

“weyh..apa kau buat lama-lama dalam bilik en. Fikri tu..?” tanya Sheqa ketika terlihat kelibat Fira
“buat apa lagi... macam selalulah...” balas Fira bersahaja
‘hah..ye lah tu.. muka monyok aja ni... kena marah ke...?” duga Sheqa
“ Emm...” jawab Fira pendek
“ish kau ni... kejap-kejap... aku rasa kau nampak lainlah hari ni..” balas Sheqa sambil matanya melilau-lilau melihat penampilan Fira pada hari itu.
“ apa yang lainnya...” tanya Fira kembali
“ kau nampak cantik dan bergaya hari ni,,,” puji Sheqa
“erk...?? lain sikit aja kot.. lagipun dah seminggu aku ubah..takkan baru perasan kot...” bals Fira sambil tersenyum
“perasan...tapi hari ni lagi cantik..lagi seksi...hahhaa” balas Sheqa sambil ketawa
“hari ni aja ke..? sebelum ni aku tak cantik ke..?” seloroh Fira
“cantik...kau tu dah memang cantik dari dulu..” bals Sheqa ikhlas
Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba mereka didatangi seseorang
“ hai Fira...u look beautiful today...” puji En. Hisyam, Pegawai Pemasaran mereka
Fira hanya ersenyum
“Eh...E. Hisyam, tak pernahnya tegur Fira, tiba-tiba aja hari ni.. mentang-mentanglah Fira cun hari ni..” tegur Sheqa selamba
‘’emm..tak adalah...pandaipandai saja awak ni Sheqa..” jawab en.hisyam
“emm..saya nak ajak keluar makan makan tengahari ni..sudi tak...?” pelawa en.hisyam kepada Fira
“err... ermmmm..”  Fira tergagap-gagap. Dia menoleh kea rah Sheqa meminta bantuan
“boleh..tapi dengan syarat...kena bawa saya sekali...sebab... Fira ni  , dia tak biasa keluar berdua dengan lelaki...’ jawab Sheqa mewakili Fira
Fira hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Sheqa tadi.
En. Hisyam kelihatan seperti berat hati dengan tawaran itu.
“macam mana en. Hisyam....?” tanya sheqa lagi
“ emm.. baiklah..saya setuju.. tengahari ni kita keluar... nanti saya ajak zul sekali..baru cukup korum...” jawab en. Hisyam sambil ketawa kecil
Fira dan Sheqa hanya mengangguk tanda setuju.
......................................................
Tengahari itu, fira keluar bersama sheqa, en.Hisyam dan Zul. Seperti kebiasaanya Fira akan memaklumkan kepada Fikri terlebih dahulu sebelum dia kelaur. Tetapi kerana geram dengan Fikri, dia pergi begitu sahaja. Bukan sahaja kerana ditinggalkan pagi tadi tetapi juga kerana kemesraan Fikri dan Ely. Sakit hatinya bila mengenangkan.
........................................................
Fikri keluar dari biliknya dan dilihat Fira tiada di tempatnya. Dia mengerling jam di pergelangannya, sudah masuk waktu rehat. Pasti Fira sedang berehat. Tetapi kenapa dia tidak memaklumkannya terlebih dahulu seperti hari-hari kebiasaannya. Tak kan seminggu Fikri tiada di pejabat, Fira sudah lupa kebiasaanya. Tanpa berlengah, Fikri terus menelefon Fira untuk mendapatkan kepastian.
“hello..awak kat mana tu...?” tanya Fikri setelah panggilannya dijawab
“ kat mana-mana ajalah... yang aawk nak tahu kenapa...?” jawab Fira selamba
“ saya tanya ni....” jawab betul-betul boleh tak..?” tegas Fikri
Kecut perut Fira mendengar suara Fikri yang tegas itu.
“Emm...saya keluar makan dengan Sheqa, en. Hisyam & Zul...” FIra kahirnya memberitahu perkara sebenar
“En. Hisyam..?” tanya Fikri ingi kepastian
“Yups..en. Hisyam..kenapa...?jeles ea..?” duga Fira
“tak kuasa saya.. ni sejak bila dah tak reti nak maklum saya dulu ni...?” tanya Fikri lagi
“ ye ke...? maklum..? tak perlu kot... okeylah awak, dia orang dah tunggu..saya letak dulu ye.. selamat bersuka ria dengan Ely ye...” ucap Fira sinis seraya menamatkan perbualan mereka.
Fikri terkejut apabila Fira tiba-tiba menamatkan paerbualan mereka. Geram sungguh dengan tindakan Fira itu.
‘takkanlah sebab aku tinggalkan dia pagi tadi, dan sebab kejadian kat bilik aku pagi tadi, Fira jadi macam tu. Ini tak boleh jadi...tahulah macam mana nanti..’
Fikri bermonolog sendiri.

1 comments:

Yong said...

pandai fira, cengitu lah. daring!hehe dah muncul penyelamat. oh thanks en hisyam.