Blogger Layouts

Wednesday 27 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 17)


BAB 17

Ketika Fira pulang bersama Datin Maria. Fikri sudahpun berada di rumah.
Fira perlahan-lahan membuka pintu bilik mereka, dia berasa aman apabila melihat Fikri tiada di situ.
‘hah... baru nak balik ke..? ingatkan nak tidur terus kat sana...” sergah Fikri dengan sinis
Fira yang terkejut dengan sergahan itu, terus melepaskan segala beg plastic yang mengisi barang-barang yang dibelinya tadi.
“Errr...” jawab Fira tergagap-gagap..
“siapa yang bagi awak izin keluar shopping ni..?” tanya Fikri dengan kasar
“ Err... kan saya dah minta izin kat awak malam semalam...” jawab Fira takut-takut
“awak kata nak keluar dengan ibu..tak ada pula kata nak shopping...” tambah Fikri lagi
“ tapi.....”
Belum sempat Fira menjawab, Fikri sudah memotong terlebih dahulu
“tapi apa...?!!!” tanya Fikri kasar
Fira tersentak sekali lagi mendengar tengkingan Fikri. Dia sudah memandang lantai, air matanya sudah hamper menitis. Dia gagahkan juga dirinya untuk menjawab
“tapi... awak juga yang kata...suka hati saya nak buat apa..asalkan tak mengganggu dan tak menyusahkan awak...” jawab Fia tersedu-sedu. Sebak hatinya bila mengulangi balik ayat tersebut.
Fikri terpinga-pinga. Dia bermonolog sendiri.
‘ada ke aku cakap macam tu..’
“kalau awak marah sebab saya mengganggu awak sedang dating dengan Elytadi, saya minta maaf... saya tahu, saya ni tak ada maknanya pada awak....” tambah Fira lagi dengan sedu sedan yang sudah jelas kedengaran.
Fikri merasa kasihan dan bersalah melihat wajah cantik isterinya itu dibasahi dengan air mata.
“emmm..sudahla, kemas semua ni..kemudian lepas bersihkan diri..siapkan makan malam untuk saya...” arah Fikri dan terus berlalu pergi meninggalkan Fira di situ. Sedikit pun tidak meminta maaf pada Fira.
Sedih hati Fira bila diperlakukan sebegitu oleh suaminya. Sejak bergelar isteri kepada Fikri, tidak pernah Fira mengingkari dan bercakap kasar dengan Fikri. Setiap yang dilakukan Fikri terhadapnya disimpan sahaja dalam hati.

3 comments:

blinkalltheday said...

SIAN FIRA...BEST LA CITE NI...BARU JE BACA..

Yong said...

mmg la...eii geram betul la gan mamat egois ni. rasa mcm nak tendang je mamat ni.hehe emosi jap.

Anonymous said...

semakin menarik cerita nie :)