Blogger Layouts

Wednesday 27 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 14)


BAB  14

Hari itu, Fira meminta izin kepada Fikri untuk pulang awal. Dia tidak betah berada di pejabat itu. Sakit hatinya melihat sikap Ely yang tergedik-gedik dengan suaminya. Hatinya bukan kepalang sedih apabila Fikri juga seolah-olah seperti tidak mengendahkannya.
Tidak tahu ke mana hendak di tuju, Fira membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah. Datin maria terkejut melihat Fira pulang awal pada hari tersebut.
“awal Fira pulang hari ni.. ada apa-apa ke..?” tanya Datin Maria
“ tak ada apa-apalah bu.. Fira Cuma rasa macam tak ada semangat aja nak kerja .. tu minta pulang awal dari Fik..” balas Fira sambil berlalu ke biliknya.
Datin Maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang melanda hati menantunya itu.
Tok..tok..tok...
“Fira..boleh ibu masuk..?” tanya Datin maria
“ err... ibu, masuklah...” jemput Fira
“ Fira..kenapa ni sayang...? ibu tengok wajah Fira suram saja...kenapa ni..? Cuba cerita pada ibu..” tanya datin maria lagi cuba memujuk Fira
Dalam mahu tidak mahu, akhirnya Fira menceritakan kejadian di pejabat kepada Datin Maria. Barulah Datin maria tahu apa yang sedang melanda jiwa menantu kesayangannya itu.
“sudahla tu... Fira jangan bersedih lagi ya... hujung minggu ni kita kerluar berdua...” pujuk datin maria lagi
“ keluar ke mana bu,,,” tanya Fira ingin tahu
“ Fira nak cantik kan...?? nak nampak menarik pada pandangan Fik kan..?” tanya Datin maria pula
Fira hanya mengangguk
“ Hujung minggu ni, ibu nak bawa Fira pergi spa, shopping baju baru dan belajar berdandan.. nanti beritahu fikri, yang hujung minggu ni ibu nak bawa Fira keluar...” pujuk Datin Maria

2 comments:

Yong said...

bagus lah!dpt mak mertua yg sporting gler cengini.hehe

Anonymous said...

perhh bestnyer dpt mertua yg understanding ;)