Blogger Layouts

Friday 22 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 13)


BAB 13

Sudah sebulan Fira menjadi isteri Fikri. Selama itulah, dia melaksanakan tugasnya sebagai isteri dan p.a Fikri dengan sebaiknya. Dia tidak mahi Fikri merungut dengan tugas yang dilaksanakannya. Perubahan pada sikap fikri juga jelas kelihatan. Fikri sudah mula mahu senyum dan bertegur sapa dengan staf yang lain.
“weyh fira... aku tengok en. Fikri macam dah lainlah sekarang ni...” beritahu sheqa
“ lain apanya.... tak ada lainnya pon...” balas fira bersahaja
“ lainlah..sejak kau baik dengan datin maria ni, en. Fikri dah nampak lainlah sikit sikap dia ...” tambah sheqa lagi
“ kau ada buat apa-apa pada dia ke..?” tanya sheqa curiga
“ buat apa pula kau ni...? macam-macamlah...’ balas fira pula
Sedang mereka rancak berbual, fikri masuk ke ruang pejabat bersama seorang wanita. Waniat tersebut kelihatan cukup seksi dan menggoda pada pandangan fira. Dalam diam fira cemburu melihat kemesraan wanita itu dengan fikri, suaminya.
“ okey semua..hari ni kita ada staf baru..namanya cik Elyana Safira..” boleh panggil cik ely.. mulai hari ini, dia akan bekerja di sini sebagai akauntan yang baru bagi menggantikan puan rafidah yang telah berhenti.” Jelas fikri memperkenalkan wanita itu kepada semua staf yang berada di bawah pantauannya.
Wanita yang dikenali sebagai ely itu bersalaman dengan semua staf. Tiba di hadapan fira, sempat ely mengerling dirinya.
Selesai sesi suai kenal, semua staf beredar ke tempat masing-masing bagi meneruskan kerja. Kemudian fikri dan ely berlalu ke bilik fikri.
“fira..tolong bawakan 2 cawan teh...” pinta fikri melalui intercom
Fira masuk ke bilik fikri dengan membawa 2 cawan teh yang dipinta. Kelihatan ely dan fikri sedang berbual mesra
“ely..ni fira, p.a i...” beritahu fikri kepada ely
Fira hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ely.
“ p.a u..? uuh..budak kampong ke..? tak berpesonaliti menarik langsung.. old fesyen..” peril ely dengans enyuman yang sinis.
Langsung tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh fira.
Wajah fira berubah mendengar kata-kata berbaur hinaan itu. Lagi sakit hatinya bila melihat fikri hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata untuk membela dirinya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Lantas dia keluar dari bilik itu.


3 comments:

Yong said...

ei ada gak manusia cam ely ni ya. mmg hampeh berlagak bagus.

Anonymous said...

kurang asam punyer ely perhh sedihnya hati bila fik tak perkenalkan isteri sendiri pada ely huhuhu

inarina said...

nyampah tol aku ngan ely tue...baru masuk keje dah belagak...kesian kat fira...:(