Blogger Layouts

Wednesday 20 July 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 10)

BAB 10
Sehari sebelum majlis pernikahan.
“ Abah.... Abah rasakan, Fira dah buat keputusan yang tepat ke..?  Abah rasa Fira akan bahagia dengan Fik...?” tanya Fira kepada abahnya.
“ InsyaAllah... abah akan sentiasa doakan kebahagiaan Fira dan Fik...” jawab pakcik fakrul
“Abah.. Fira sedihla... Fira tak nak tinggalkan abah sorang-sorang kat sini... kalau boleh , Fira nak sentiasa ada dengan abah...” jelas Fira dengan air mata yang dah mula menitis
“Fira janganlah macam ni... kalau tak hari ni, akan datang pun Fira akan tinggalkan abah juga.. jangan sedih ya nak.. nanti kalau Fira rindu abah, Fira datanglah jenguk abah kat sini....” pujuk pakcik Fakrul
“ Fira... ingat pesan abah ni... bila dah jadi isteri Fik nanti, sayangi Fik sepenuh hati, jadi isteri dan menantu yang baik... dengar dan patuh cakap suami selagi ianya tak melanggar hokum syarak. Abah akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua..” pesan pakcik Fakrul kepada Fira. Fira menangis hiba di dalam pelukan abahnya.
.........................................................................
Majlis pernikah Fikri dan Fira diadakan di MAsjid Jamek berhampiran. Dengan sekali lafaz, Nurul Afira Aleya binti  Fakrul telah sah menjadi isteri kepada Mohd Fikri Yazed bin Datuk Faizal. Selepas majlis akad nikah selesai, mereka meraikannya dengan jamuan kecil yang diadakan di kediaman Datuk Faizal.
“ Selamat datang kakak iparku yang cantik....” ucap Faiz mengalu-alukan kedatangan Fira dalam keluarga mereka
Mereka kelihatan gembira menyambut orang baru di rumah itu.
Selepas makan dan berbual-bual, Pakcik Fakrul meminta diri untuk pulang. Sempat die menitipkan pesan kepada anak menantunya dan juga besannya.
“Fik... jaga Fira baik-baik ya.. sekarang dia dah jadi tanggungjawab kamu..terima kasih sebab sudi memperisterikan dia...” pesan Pakcik Fakrul kepada Fikri
“Baiklah abah... InsyaAllah Fik akan ingat pesanan abah itu... terima kasih juga kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fik untuk menjaga Fira...” balas Fikri kembali
“ Cik Yah... Faizal...tolong tengok-tengokkan Fira ni ye... Dia ni manja sikit..kalau salah tolong ditegurkan..” pesan pakcik fakrul kepada besannya pula.
“ InsyaAllah..kau janganlah risau...kami akan jaga dia macam anak kami sendiri...” bals Datuk Faizal
Datin Maria hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
Fira tidak dapat menahan sebak. Dia lantas memeluk abahnya sebelum abahnya meminta diri untuk pulang.
......................................
Saat itu, bermulalah kehidupan Fira sebagai isteri kepada Fikri.
“Fira..pergilah naik ke atas... mandi, bersihkan diri..Fik pun dah naik tu...” arah Datin Maria
Fira hanya mengangguk dan lantas mendaki anak tangga menuju ke bilik Fikri. Begnya awal-awal lagi sudah dibawa naik ke atas oleh pembantu di rumah besar itu.
“ apa tercegat lagi depan pintu tu..masuklah..” tegur Fikri
Fira hanya tersengih lantas menutup daun pintu bilik itu.
“Besarnya bilik awak ni...” kata Fira dengan kagum.
“dah-dah...jangan banyak soal.. pergi bersihkan diri sana...” arah Fikri
Fira hanya tersenyum, lantas mengambil apa yang patut dan dia terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sesudah memebrsihkan diri. Fira duduk di sudut di mana begnya diletakkan. Hajatnya untuk mengemaskan segala pakaian yang dibawanya. Fikri pula sudah berada di atas katil.
“ Errr... saya nak tidur mana malam ni...? “ tanya Fira
“ tidur dalam bilik nil ah... nak tidur mana lagi...” jawab Fikri
“ Bilik awak ni besar, boleh tak kalau tambah katil lagi satu...?” cadang Fira
Fikri tergelak dengan cadangan Fira yang dirasakan agak tidak masuk akal itu.
“awak ingat ni asrama ke..? nak letak katil banyak-banyak.. katil saya ni dah cukup besar untuk kita berdua ok...” balas Fikri kembali dengan tawa yang masih bersisa
“habis tu..saya nak tidur kat mana...” tanya Fira lagi
“ tidurlah kat mana-mana yang awak suka.. kat lantai ke, kat sofa ke..what everlah....” balas Fikri sambil membaringkan diri untuk tidur.
Fira pula meneruskan mengemas pakaian-pakaiannya. Tanpa diduga, Fira terlelap disitu sambil beralaskan beg pakaiannya.
Fikri terjaga dari tidur apabila dia merasakan suasana di biliknya masih terang lagi. Dia mencari kelibat isterinya. Dia tersenyum saat terpandang sesusuk tubuh yang sedang tidur di balik almari pakaian dengan beralaskan beg pakaian.
“comel juga dia ni...” kata Fikri di dalam hati
Sempat juga Fikri mengambil gambar Fira sedang tidur, sebelum dia mengankatnya ke atas katil. Fikri membiarkan Fira tidur di atas katil miliknya, manakala dia pula tidur di atas sofa panjang yang terdapat di dalam bilik itu.
................................................
Fira tersedar ketika azan subuh berkumandang.. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di atas katil, dan Fikri tiada di situ. Dia terdengar bunyi percikan air di dalam bilik mandi. Dia pasti Fikri berada di dalamnya. Dia melihat-lihat keadaan dirinya. Bermaca-macam andaian berada di mindanya.
“ hah apa dok termenung lagi tu... pergi bangun, solat...” arah Fikri
“Err...awak tak buat apa-apa kan kat saya malam tadi....” tanya Fira meminta kepastian.
“Buat apa...? kenapa ..? nak ke..? kalau nak, lepas sibih saya boleh bagi...” balas Fikri sambil tersenyum nakal
Fira terus bangun menuju ke bilik air dan terus bersiap-siap untuk soalt subuh.
Selepas solat, Fira terus memboloskan dirinya ke tingkat bawah. Dia takut kalau-kalau Fikri akan melakukan apa yang dikatakannya itu. Sesungguhnya dia belum bersedia.

2 comments:

Yong said...

so fik dak berubah?bagus lah.hehehe.sweet sikit dr sebelum ni.hehe

Anonymous said...

hehehe cerita yang nie memang comel sgt2 nampaknyer fik nie masih ada hati perut sebenarnyer dia sayang katfira nih cuma tak nak mengaku jer suka dgn bab nie :)