Blogger Layouts

Tuesday 5 July 2011

Cintaku Untukmu 3


BAB 3
Sudah sebulan Fira menjadi p.a kepada Fikri. Selama itu jugalah Fira telah memenuhi dan melaksanakan segala syarat Fikri tanpa banyak soal. Walaupun dihatinya tetap lahir rasa tidak puas hati dengan bosnya itu.

Suasana di rumah Datuk Faizal/
“Hah.. Fik... Macam mana kerja? Ok? Dah sebulan Fik kerja di syarikat papa kan...??” tanya Datin Maria
“ok bu.... so far so good...” jawab Fikri
“ Abang Fik..... Kak Fira p.a abang kan???” sampuk Faiz pula adik Fikri yang paling kecil.
Datuk Faizal dan Datin Maria hanya memiliki dua orang sahaja anak. Kedua-duanya lelaki iaitu Fikri dan Faiz. Datin Maria terlalu menginginkan anak perempuan tetapi rezeki tidak memihak kepadanya.
“Yups.... kenapa??” tanya Fikri kepada adiknya
Belum sempat Faiz menjawab pertanyaan abangnya itu, ibunya, Datin Maria terlebih dahulu mengemukakan soalan sekali lagi.
“ Fira....?? ibu kenal tak agak-agaknya..?” tanya Datin Maria ingin tahu
“ Awak kenal kot... si Fira sekarang ni p.a nya si Fikri... sebelum ni die p.a Suhaimi... ala budak yang selalu saya cerita pada awak tu...” Terang Datuk Faizal kepada isterinya
Datin Maria hanya mengangguk tanda faham.
“ Kak Fira tu cantik tau ibu... baik pula tu..Faiz suka kalau dia jadi akak Faiz...” tambah Faiz pula sambil tersenyum
“ Ada-ada aja kamu ni Faiz... tapi betul ke?? Teringin juga ibu nak jumpa... selalu dengar papa cerita aja...” balas Datin Maria pula
“ kamu Fik.... jangan dibuli sangat budak Fira tu...dia tu lurus tapi rajindan baik budaknya...” Datuk Faizal member amaran kepada Fikri
Fikri hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Dia leka menonton televisyen di hadapannya.

Sementara itu, suasana di rumah Fira.
“Fira... Abah tengok Fira selalu pulang lewat..banyak kerja ke?” tanya pak cik Fakrul kepada anaknya itu
“ emmm... haah abah... Fira banyak kerja..lagipon Fira kena tunggu bos balik dulu, baru Fira balik...” jawab Fira kepada abahnya
Hakikatnya, bukan kerana kerja yang banyak tetapi kerana Fikri... Fikri sengaja pulang lewat dan sengaja mahu mendera Fira. Sejak bekerja di bawah Fikri, makan Fira pon sudah tidak terjaga. Semuanya gara-gara Fikri. Apa sahaja yang Fira ingin lakukan harus mendapat keizinan Fikri termasuk untuk keluar makan pada waktu rehat. Jika diikutkan hati Fira, tidak mahu dia bekerja di bawah Fikri. Tapi apakan daya, dia hanya staf bawahan yang hanya mengikut arahan.
Sebenarnya di dalam hati kecil Fira terselit satu perasaan halus setiap kali dia melihat Fikri. Tapi dia sedar dia tidak mungkin dapat bersama dengan Fikri. Tambahan pula dengan sikap Fikri yang sebegitu.

2 comments:

Yong said...

jap lagi mudah msk dlm family fikri sebab suma dah suka dia. hehe. kesian la gan fira, asyik kena buli gan fikri je.huhuhu sadis2x.

Anonymous said...

mmm menarik tu abah fikri macam tau 2 jer fikri buli fira heheh :)