Blogger Layouts

Thursday 30 June 2011

~CINTAKU UNTUKMU~ (Bab 1)

BAB 1
Kring... kring... kring....
“alamak..dah pukul  7, habislah aku macam ni...” jerit Fira seraya mematikan jam loceng nya lantas bergegas ke bilik air..
Fira hanya bersiap ala kadar tetapi tetap tampak manis. Dia terus bergegas untuk ke dapur bertemu abahnya sebelum ke pejabat.
“kenapa abah tak kejutkan Fira pagi tadi..? dah Fira bangun lambat...”
“Abah ingat Fira tak mahu pergi kerja.. kan Fira tak sihat tadi malam...” bagitahu Pak Cik Fakrul
“Ish tak boleh abah..hari ni, bos baru Fira masuk kerja...habisla Fira kalau lambat..lagipun Fira dah sehat dah... tak apalah abah..Fira pergi dulu yer.. Assalamualaikum..” bagitahu Fira sambil bersalaman dengan abahnya sambil terkocoh-kocoh  keluar dari rumah..
Fira sampai di pejabatnya lewat 15 minit.. ketika dia sampai semua orang sedang berkumpul..
“ Weyh Fira..apsal kau lambat...?” Tanya Sheqa kawan sepejabat Fira
“ Aku bangun lewat pagi tadi... mana bos baru tu...? Handsome tak dia?” tanya  Fira
“Ish kau ni.... kau tu dah  lah sampai lambat, sempat lagi nak bertanya pasal die...dia ada kat dalam bilik datuk... kau jangan main-main tau fira...dengan datuk bolehlah, ni dengan anak dia..masak kau...muka aja  handsome tapi  ketat...” terang Sheqa lagi
“ Ketat...???” tanya fira terpinga-pinga..
“ Apelah Lampi sangat kau ni...nama je P.A.. itupun tak tahu.. ketat tu maksudnya, muka serius memanjang..susah nak senyum... lepas tu diaorang kata dia ni jenis straight... cakap tak ade nya nak lawak-lawak macam datuk tu..kiranya beza sangatlah dengan datuk...” terang Sheqa lagi
“Ye ke?? Habislah aku macamni... dah lah dia bos aku... “ keluh Fira
Sedang mereka asyik berbual.. Fikri dan Datuk Faizal keluar dari bilik beliau.. Datuk Faizal telah memperkenalkan semua staf kepada Fikri..
“Assalamualaikum semua..ini anak saya Mohd Fikri Yazed . dia baru habis belajar dalam bidang Pengurusan Awam .. Hari ini dia akan menggantikan tempat en. Suhaimi  sebagai  Ketua Pembangunan Sumber Manusia. “ terang Datuk Faizal
Semua mata tertumpu pada Fikri, dan ada yang berbisik sesame  sendiri... Staf wanita pula terpesona melihat Fikri.. siapa yang tidak  terpegun melihat jejaka sekacak Fikri.. semuanya serba lengkap Cuma satu yang tidak mereka senangi. Sikap Fikri yang serius dan tidak menghiraukan orang lain.
Fira terkejut dan tergamam ketika melihat Fikri.. Sesuatu sedang bermain di mindanya.
‘macam pernah nampak mamat ni... kat mana ya...Erk...!! Alamak....’ gumam fira di dalam hati
Selesai sesi suai kenal..masing-masing kembali ke tempat duduk. Datuk Faizal meminta Fira untuk ke biliknya bersama Fikri.
“ Fira..masuk ke bilik saya...” arah Datuk faizal
Fira hanya mengikuti mereka dari belakang.
“ Fikri... ini Nurul Afira Aleya ...die p.a kamu sekarang... apa-apa urusan kerja kamu, dia akan uruskan..” terang Datuk Faizal
Fikri dan Fira hanya mengangguk tanda faham. Kemudian mereka melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Heyh... nanti dulu... masuk bilik aku kejap.. ada benda aku nak cakap ni..” arah Fikri dengan kasar
‘ulp... apalah yang tak kena ni..adeh....’ gumam Fira di dalam hati
“ Yer..encik Fikri..ada apa-apa yang boleh saya bantu...” Tanya Fira
“ bantu??? Forget it... tadi engkau sampai kerja pukul berapa?” Tanya Fikri dengan serius
Fira kelihatan tergagap-gagap untuk memberi  jawapan. Belum sempat dia menjawab, Fikri telah pon memotong terlebih dahulu.
“Kau datang lambat kan tadi... ? Kau ni kerja dah berapa lama?? P.a apa macam ni, datang lambat...“
“baru 3 bulan ......” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya.. fikri telah menyerangnya lagi dengan kata-kata .
“aku tak suruh pun engkau jawab..dengar aja apa aku nak cakap.... “ tambah fikri lagi
Fira terkedu dan tergamam.. dia hanya diam membatukan diri sambil menunduk memandang lantai.. nasib baik dalam bilik dia, kalau kat luar.. malu aku...gumam Fira..
“kau ingat aku tak cam engkau... engkau ni perempuan yang aku jumpa kat shopping Mall last week kan..? dan juga kat kedai makan kat simpang empat Taman Purnama tu kan?”
Fira hanya mengangguk tanpa berkata apa..
“ Oleh kerana aku ni bos kau, dan kau tu pembantu aku..dan juga sebagai membalas balik apa yang berlaku hari tu..... aku nak kau............”
Terang Fikri sambil mengusap-ngusap dagunya dan memberi pandangan sinis kepada Fira..
“errr... En. Fikri nak saya buat apa?” jawab Fira tergagap-gagap
“ Aku nak kau ikut semua syarat yang akan aku berikan... kalau kau ingkar... aku akan buat hidup kau merana....” ugut Fikri kepada Fira
Fira hanya mengangguk..tak sanggup rasanya nak memandang wajah Fikri yang dirasakan sangat menyesakkan.  Lalu dia keluar dari bilik itu selepas diarahkan oleh Fikri.


1 comments:

Yong said...

urk rasa cam blur, wokes2 nak baca next. ni kes secretary gan bos kawin ya?terpaksa or fall in love?hehe ok sy baca.